Tuesday, December 8, 2009

Kurang Ajar sangat ke orang kita ni?

70 Komentar Comel

Saya terpanggil (wahh terpanggil pulak dah) untuk menulis tentang entri kurang ajar ni kerana saya baru teringat waktu saya bekerja di KLIA dulu, kawan saya pernah cakap yang Malaysia ni yakni Kuala Lumpur telah tersenarai sebagai Top 3 "The Rudest Cities in the World" oleh Majalah Readers Digest- Biar betik?..Dieorang ni bukan suka-suka je cop sana cop sini.. mestilah ada buat survey serba serbi kan..kalau tak caya bolehlah jengah sebentar ke link di atas (pastu sambung balik baca sini) heheheheh saya baru je nak intro mintro ni..

Malu sehhh..Macam mana boleh jadi Top 3 ni, kenapa tak champion terus..lagi best. Perkataan Kurang Ajar atau perkataan lainnya biadap, kasar yang bersahaja dalam Bahasa Inggeris pula 'rude'. Kenapa boleh jadi 'biadap' sampai masuk carta Top 3 pulak?. Sebabnya ada dalam perkataan kurang ajar itu sendiri yang membawa maksud = kurang diajar = kurang ilmu/cetek ilmunya = bodoh sombong.

Sombong itu sengaja saya tambah bagi sedap rasa sikit.hahahhah. Tapi hakikatnya berdasarkan pemerhatian saya yang tak seberapa ini (bila pulak aku jadi wartawan ini..macam bagus sangat), rata-rata manusia yang kurang ajar ini selalunya merasakan dirinyalah yang paling hebat orang lain semua biasa-biasa saja, rasa dirinya bagus(macam bag- bag jer), paling pandai orang lain semuanya bodoh, dia sahaja yang betul-orang lain semua salah. Dia saja yang mempunyai banyak masalah dalam dunia, orang lain semua tak ada masalah. Suka juga saya dengan entri Melz ini.

Pahit-pahit pun kena telan juga sebab masyarakat sendiri.. Kawan-kawan saya ingin berkongsi situasi kurang ajar sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang (macam iklan apa tah) yang pernah saya nampak dan lalui untuk kita dan saya bersama-sama memerhatikan kehebatan masyarakat kita sehingga diperkatakan orang luar..Here goes...


Situasi Kurang Ajar 1(Moody je Memanjang)

Saya sedang membeli belah dengan jayanya di pasaraya 'B'. beli barang punyalah banyak..maklumlah baru kahwin, nak beli penyapu, mop, baldi bla-bla bla..Ok siap semuanya saya tunggu cashier dengan hubby...Muka cik cashier tu masam yang amat macam kena tinggal laki dan dengan selambanya mengeluh kuat-kuat sebab kami shopping banyak barang..so dia kena key in banyak dan isi dalam beg plastik... Melihatkan mukanya yang masam bagai nak jatuh pipi tu, saya pun sama-sama menolong masukkan barang dalam beg plastik..

Lepas total dikira hubby pun bagi kredit kad, oh time inilah dia terus macam hangin.. dan tanya macam marah dan penuh kekurang hajaran: "Laaaaaa Encik pakai kredit kad ke?."..pastu terus bising-bising kat kawan dia cakap.."weh haku dah nak balik ni"..kawannya pun tak mau tolong..terus dia setelkan kredit kad hubby sambil mulutnya kumat kamit menyumpah seranah kiteorang..

(HHHOHOHO SABAR JELAH AKU...HELLLO CIK PUAN, SUSAH SANGAT KE NAK SWIPE?.AKU PUN PERNAH KERJA SWIPE MENSWIPE NI APA KECOH-KECOH NI)..tapi dalam hati jelah..saya tanak kacau mood saya yang tengah happy shopping untuk rumah baru.

Kalau bab-bab cashier ini boleh rujuk coretan siggplus tentang restoran mamak dan restoran Melayu..Memang very the 2 x 5 = 5 x 2 huhuhu




Situasi Kurang Ajar 2 (Tahap Nak Kena Pijak Kereta Kalau AKU jadi gergasi)

Situasi berlaku dengan jayanya di One Utama parking lot.. Seperti biasalah nak shopping(wehh apasal situasi aku semua time-time nak shopping nih?)..kenalah cari parking kan kan....Saya usha sana, usha sini, pusing kiri, pusing kanan, entah berapa kali pusing...'full'.. Oh ok..saya pun tunggu satu sudut tepi dengan harapan adalah orang yang nak balik ni.. baca doa sikit..nampak sorang makcik nak keluar betul-betul depan saya, apa lagi saya terus bagi signal nak masuk... ok makcik tu selamat keluar, baru saya nak corner, tiba-tiba entah dari mana datang..zuuuuuupppppppp terus masuk parking makcik tadi..

Berderau darah saya..."hoiiiiiiiihhhhhhhhhhhhh itu parking akuuuuuuuuuuuu!!!!" Terpinga-pinga saya dibuatnya..Lepas tu mamat B ni terus keluar dengan bergayanya menuju ke One Utama...(Saya rasa macam nak calarkan kereta dia je time tu!) Sabar jelah..




Situasi Kurang Ajar 3(Lihatlah dunia: Hebatnya aku dan dia)

Situasi ini saya nampak bila saya nak bayar parking kereta di Alamanda Putrajaya yakni shopping complex..lagi? Heheheheh.. Saya dah nak balik dari beli barang.. sedang beratur nak bayar parking.. adalah empat anak remaja ala-ala indie ini..bercouple-couple.. seksi dan cantik sekali girlfriend-girlfriend mereka ini, dengan tak semena-mena yang boyfriendnya ini memandang saya dengan tiba-tibe terus 'kiss' mulut gf dia..Dan gf dia pun dengan selambanya membuat drama telenovela depan mata saya.
(Weehhhh malu wehhhhhhh) Saya pun buat-buat tak nampak, rasa nak tegur je, tapi saya sorang-sorang , kang kena maki pulak.. Tapi bagi saya sangat kurang ajar #@$%&*%28@#$%^& buat aksi telenovela depan public (WEHHH AKU TAULAH KORANG BERCINTA TAK KAN NAK TUNUJK SATU DUNIA KOT! MELUAT LOYA ANAK TEKAK..AKU NAK BALIKKKKKKK NAK BAYAR PARKING NI!)..kalau bukan Islam bolehlah saya cakap " Get a room man!" saya pasti mereka 'confirm Islam' dan 'confirm' belum kahwin lagi..so apa boleh cakap?

Situasi Kurang Ajar 4 (Kurang Ajar Beramai-ramai)

Situasi di jalanraya ini korang kena perhatikan lakaran di bawah.. Contohlah kalau kita berada di simpang macam gambar A... Berapa ramai yang akan bagi laluan kat kita?..Haram tak ada, dan waktu tu mulut kita pasti akan membebel bagai nak rak"ishh kurang ajar betul dieorang ni, bukan nak bagi laluan"......


Tapi cuba bayangkan kalau bukan kita yang ada kat simpang, kita di laluan utama..apa pulak kita akan cakap kalau ada orang masuk laluan kita" Heyyy, kurang ajar punya orang, sesuka hati mak bapak dia jer masuk jalan aku ni"..lepas tu terus follow rapat orang tu, dan memotong sebelah dia, dan memberi pandangan membunuh macam Lucy Liu dalam Charlie's Angel... Sebenarnya kat jalanraya terlalu banyak kekurang hajaran yang berlaku belum masuk ragut, hon tak tentu pasal lagi.. ish ish ish..



Situasi Kurang Ajar 5 (Kurang ajar yang kita tak sedar berlaku)

Hooohh situasi ini memanglah very the mencek nak cerita..Kurang ajar paling bahaya dalam semua kurang-kurang ajar ini..Bak kata orang Silent Killer untuk agama, bangsa dan negara kita(bukan kentut jer silent killer tau) (cheewahhh gteww-gtew sekali)..Kurang ajar yang paling kita tak perasan ialah dengan tidak berbuat apa-apa untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam hidup kita sehari-hari, makan, tidur, makan tidur, tengok tv, bla-bla bla....Tak peduli apa yang berlaku sekeliling kita. Ok senang cerita macam ini.. kurang ajar silent killer ini berlaku apabila kita berprinsip tidak ambil kisah, tidak prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling kita..Contohnya..jika ada orang terjatuh(tak kisahlah jatuh gedebub betul-betul ke or terjatuh kerana ditimpa masalah), kita sekadar memerhatikan dari jauh dan berkata dalam hati " ada aku kisah?..bukannya saudara aku pun"..

Amatlah kurang ajar jika kita tak memikirkan cara untuk membalas budi kedua orang tua kita. Bertambah kurang ajar bila kita tak terfikir langsung untuk membalas jasa Yang Menciptakan kita ke bumi ini...yang kita tahu hanya meminta-minta panjang umur, murah rezeki dan tak pernah memberi....meminta tolong bila kita susah sahaja, bila senang lupa begitu sahaja..(saya tulis ini untuk diri saya jugak supaya tak alpa).

My humble opinion,




Illustrasi Komik: Hubby Farenova yang dipaksa.

Dialog Komik: Ada yang betul ada rekaan bagi sedap cerita




Sunday, December 6, 2009

PayPal WishList bagi US$100 !

55 Komentar Comel














Hari Ahad(6 Dec)..Pay Pal Wishlist saya bertambah lagi.. Kawan-kawan dah join?

Nak try



Hari ini (Rabu) , saya update Paypal WishList saya yang dah bertambah..Kepada kawan-kawan yang belum mencuba dan ingin mencuba, masih sempat kerana tarikh tutupnya ialah pada 31hb Disember 2009.
















Yang ini hari Ahad lepas punya posting:-. malam tadi Hilmi ada kenalkan saya tentang PayPal WishList ni. Saya terus register. Pastu terus promote n promote... So alhamdullilah tak sampai 24 jam saya dah dapat US$14 (RM47.60).

Program ni sangat menarik dan sangat mudah. PayPal WishList akan memberikan korang sehingga US$100 (RM340) hanya introduce kepada kawan kawan korang. Setiap seorang yang korang intoduce, dia bagi US$1. As easy as ABC! Apa-apa pun thanks kat Hilmi.









Friday, December 4, 2009

Pakej menarik GOOGLE untuk PKS

9 Komentar Comel
Saya ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca sekalian mengenai satu pakej yang ditawarkan oleh Google kepada PKS. Petikan di bawah ini dipetik daripada tabloid Harian Metro bertarikh 3 Disember 2009.


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjalin kerjasama strategik dengan gergasi enjin carian global, Google serta dua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan iaitu Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi menawarkan Pakej Ransangan Perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kerjasama berkenaan akan membolehkan syarikat PKS tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing menggunakan platform pemasaran Google.

Pakej berkenaan dibuka kepada semua PKS tempatan yang mempunyai produk untuk dijual dan permit perniagaan sah dengan yuran pendaftaran RM200.

Bagaimanapun, 100 PKS pertama yang mendaftar dengan pakej berkenaan tidak perlu membayar sebarang yuran.

Selepas mendaftar dengan pakej terbabit, PKS terbabit boleh mendapatkan laman web syarikat yang dibangunkan pelajar MMU dan UTAR serta dihoskan oleh Google, jika mereka masih belum mempunyai laman web sendiri.

Laman web terbabit akan diselenggarakan oleh pelajar dalam bidang multimedia dari kedua-dua IPT terbabit.

Selain itu, PKS juga akan mendapat kredit percuma bernilai RM200 kempen pemasaran dalam talian platform pemasaran Google AdWords untuk tempoh kempen antara dua hingga empat minggu.

Pada masa sama, Google turut menawarkan tutorial secara percuma yang diberikan oleh wakil berlesen syarikat kepada PKS terbabit mengenai cara yang betul untuk memulakan dan menyelenggara kempen pemasaran secara dalam talian.

Pakej berkenaan turut menawarkan seminar percuma yang dikendalikan menerusi kerjasama Google dan SME Corp. Malaysia mengenai cara untuk memulakan laman web, pemasaran dalam talian dan teknologi Google bagi mempromosikan perniagaan masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata, pakej berkenaan adalah sejajar misi kerajaan untuk mempromosikan perdagangan di peringkat antarabangsa serta meningkatkan aktiviti industri dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, platform pemasaran yang ditawarkan oleh Google adalah satu cara paling berkesan kepada PKS tempatan beralih kepada cara pemasaran lebih berkesan dan merentasi sempadan perdagangan antarabangsa.

"Kementerian dan agensi seperti SME Corp. Malaysia sentiasa menyokong sebarang program yang menggunakan Internet sebagai platform baru untuk PKS tempatan berkembang," katanya pada pelancaran Pakej Rangsangan Perniagaan PKS di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia, Dato' Hafsah Hashim; Ketua Dalam Talian google Asia Pasifik, Charif El-Ansari; Naib Presiden MMU, Prof Dr Tou Teck Yong dan Pemangku Presiden UTAR, Prof Dr Ewe Hong Tat.

Sementara itu, El-Ansari berkata, pakej berkenaan memudahkan PKS tempatan untuk menguruskan laman web masing-masing dan menggunakannya sebagai saluran jualan berkesan menerusi bantuan Google AdWords, iaitu platform pengiklanan dalam talian paling berkesan.

"Platform Google AdWords mencecah jutaan pengguna Internet di malaysia dan lebih satu bilion pengguna di seluruh dunia, justeru pakej ini berada pada landasan yang betul untuk menbantu PKS mencapai sasaran pelanggan lebih luas di peringkat antarabangsa," katanya.

PKS tempatan yang berminat menyertai Pakej Rangsangan Perniagaan PKS boleh mendaftar di laman web www.google.com.my/stimulus.

Berita Harian, 3 Disember 2009


Projek Oleh:




Dengan Kerjasama:



Berita Ini Disampaikan Semula Melalui:


http://farenova.blogspot.com





Monday, November 30, 2009

Tutorial Adobe Illustrator: ' Wireframe Effect'

41 Komentar Comel
Salam semua sahabat sekalian... Hari ini saya ingin berkongsi cara membuat corak wire-frame. Apa bendanya 'wire-frame' ni farenova?..Oh ia seperti rangka bagi sesebuah objek..Senang cerita korang tengok gambar kat bawah ini..

Ok, ok..sebenarnya 'wire-frame' ini boleh diaplikasikan jika kita ingin membuat 'layout' design atau header sendiri untuk blog kita... Ia bukan untuk objek semata-mata tetapi boleh dibuat pada garisan, font nama dan sebagainya..Ok..here goes


Atas ini contoh jika kita membuat wire-frame untuk garisan. Ini memberi kesan abstrak. Cantik kan?

Saya tidak akan menunjukkan cara membuat garisan untuk posting kali ini, lebih mudah jika kita menggunakan font sebelum mencuba garisan-garisan abstrak.

Ok pertama sekali (bukak Illustrator).. pilih font

Lepas itu taip perkataan yang anda mahu...buat satu kecil dan satu besar seperti begini

Lepas itu, CTRL + A, dan pilih 'stroke'(garisan luar) sahaja(means dalam tak ada color)

Kemudian, anda boleh menukar warna'stroke' perkataan tersebut dengan dua warna yang berbeza supaya dua kombinasi warna dapat di'blend'..

Selepas memilih warna yang diingini, jadikan perkataan tersebut sebagai objek. Bagaimana?..Ok..anda 'select' kedua-dua 'stroke' perkataan tersebut, kemudian 'right-click' pilih 'create outlines'......dan secara automatiknya perkataan tersebut sudah menjadi objek(bukan font lagi)

Seterusnya, pilih salah satu perkataan 'j-qaf' tersebut dan pergi ke Object > Blend > Blend Options, tekan Specified Steps = 30

Akhir sekali, Select All dan Ctrl+Alt+B. Ini akan membuatkan 2 'stroke' perkataan tersebut 'blend' seperti di bawah.

Ini pula hasil yang saya buat saja-saja untuk mencari idea membuat banner..

Ok.. Selamat mencuba kawan-kawan!

Saturday, November 28, 2009

Nur Kasih

75 Komentar Comel

Habis dah cerita Nur Kasih ni..Lagunya memang best sangatlah especially tang intro tu... Semalam mak, adik ngan saya terpacak depan tv pukul 9, tengok info kat astro sepatutnya ada takbir raya pukul 9:00 hingga 9:05.. tapi tak ada pulak disiarkan..hmmmm mungkin takut akak-akak, makcik-makcik, abang-abang, adik-adik yang dah terpacak depan tv tu frust kot... Saya yang tak minat teriku-ikut minat nak tengok lepas dengar CEO TV3 cakap cerita ni ada 3 juta orang yang tengok..biar betik, so saya pun cuba-cubalah tengok...walaupun tengok dari tengah pun dah best cerita ni..

Kalau posting tak ada gambar tak bestlah kan..saya pun nak cari gambar kat mytv3..cari nur kasih, terkejut saya..impak cerita ini memang besar, siap ada biodata Adam sekali dengan ketinggian dan berat yang tak tahan tu...yang atas ini pulak..orang yang mengomen..sampai 85 page tuuu(komen biodata Adam je ni)..Tak tengok lagi Tiz Zaqyah punya(394 pages babe!)...so terbukti ramai paling minat watak Nur ni..saya lekat tengok cerita ni pun sebab suka tengok Nur ni comel sangat.


Saya komen sikitlah ending cerita ni...bestlah kan..sebab Nur ni dah setia gila tunggu hubby nya..memang setia betul, yang pasti hero mesti hidup..tapi yang kelakarnya hero dah serupa mamak bangla jual roti canai pulak..ngeri tengok janggut tak ori tu..
Kenapalah Adam tu sebelum balik tu tak check e-mail dulu, telefon ke cakap masih hidup..macam tak logik..(mungkin nak buat suprise kot..) Nur pulak sesuai sangatlah lepas kenduri (yang dia pakai baju putih tu) terus tak nak tukar baju..nampak macam baru je bernikah kan.
Sarah accident pun gempak juga..cermin dan motor pada masa yang sama...memang silap haribulan dia datang tempat tu..
Tapi apa-apa pun..cerita ni kena tabik spring kat pengarahnya Kabir Bhatia..kalau dia yang tak imagine scene2 yang baik, camera shot yang cantik..mesti tak berapa best cerita ni.. Kesimpulannya ..cerita ni best!


Saturday, November 21, 2009

Mini Concert

55 Komentar Comel
Hahahahahha..mini konsert konon...lagu pun tak belajar habis..saja saya nak tempelkan hiburan sementara korang dalam misi klik klik kita ni..hehhehe..sori mutu video tak baik(akan diusahakan kamera yang elok sikit) dengn main ada yang silap sikit.. Enjoiss..







Video: Sony Ericsson HP 1.3 MegaPixels huhuhuhu sedey
Lagu: When The Children Cry



Friday, November 20, 2009

Domain Percuma & Dapat Komisyen Lagi

18 Komentar Comel
APA? ADA DOMAIN PERCUMA & KOMISYEN TANPA BATASAN !

Kerja anda sangat mudah. Anda hanya perlu memperkenalkan kepada rakan-rakan anda tentang DOMAIN PERCUMA! Domain berkenaan ialah "http://www.____________.co.cc .
Dengan setiap orang yang anda perkenalkan, anda akan dibayar sebanyak $0.10 (bersamaan RM0.34). Mudah bukan?
Nampak macam sikit, tapi jika dikumpulkan akan jadi banyak.
Mudah! Dapat domain PERCUMA & dapat KOMISYEN jugak!

Jangan tunggu lagi ! Klik banner kecik kat bawah ni:

CO.CC:Free Domain




P/S - Ada juga skim komisyen 40% yang ditawarkan!







Related Posts with Thumbnails

Top 10 Comments

Widget by Blogger Tutorials

Archive

 
farenova

Farenova Copyright 2009 Rimau Pura Designed by Rimau Pura Templates Image by Rimau Pura's rimaupura@gmail.com